minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

DADDYKASI, KOPIKASI PERLUKAN REFORMASI

oleh: irzaimi

Budaya membantu anak beranak mendapatkan saham saham mudah, tender atau yang berkaitan dengannya bukan asing lagi di Malaysia. Anak sulung Mahathir si Mirzan bukan sedikit duit rakyat dicurahkan kepadanya untuk membantu syarikat perkapalannya yang hampir bangkrap itu. Dengar khabarnya dia ugut Mahathir kalau tak tolong dia nak bunuh diri. Habis duit Petronas hampir 2 billion bantu selamatkan syarikat Mirzan. Mujur ada daddy yang 'penyayang' seperti Mahathir kalau tidak tentu dah lama bangkrap Mirzan, budaya inilah yang menjadi barah kepada negara, yang terbaru Mahathir tolong anak dia adalah, bila kakitangan kerajaannya dapat keluarkan duit KWSP untuk beli komputer kena beli melalui Pos Malaysia dan Pos Malaysia ambil kat syarikat anak Mahathir, amboi senangnya berniaga, kalau macam tu tak payah la MA dalam pengurusan perniagaan, orang kampung mana pun boleh berjaya kalau itulah caranya berniaga. Tidak payah bersusah nak iklan, tak payah bersusah nak cari pelanggan, semuanya dan diatur oleh sidaddy. Samalah dengan Rafidah yang bagi saham berjuta pada anaknya di dalam mesyuarat yang dipengerusikan, saham untuk lot bumiputera habis diagihkan untuk Fazlin anaknya, anak Megat Junid dan anak Mahathir sendiri. Si Fazlin yang masih menuntut itu sekelip mata jadi jutawan, bijaknya Rafidah ini adalah bila dia tak bagi atas nama Fazlin tapi atas nama suami Fazlin, senang nak kabui mata orang kampung, lucunya cara dia berfikir, Rafidah ingat kita ini bodoh, sama la bagi kat anak bila menantu yang dapat.

Daddykasi yang menjadi budaya

Bila dah Mahathir mula, juak juaknya pun beranilah, Ling Liong Sik anaknya yang berumur 27 tahun dah ada aset lebih 1.3 billion, pandai macam mana cina tu berniaga kita tidak tahu, yang kita tahu mestilah ayahnya tolong kalau takkanlah semuda itu dah ada aset beratus juta. Si Samy Vellu yang kononnya nak menetap di Lunas kalau BN kalah tapi penipu itu, majlis perkahwinan anaknya sahaja habis lebih sejuta ringgit, semuanya dijemput dari Ketua Menteri India hingga artis artisnya sekali, semua VIP, menteri, lampunya sahaja habis berpuluh ribu, tak apa la untuk anak tersayang daddy sanggup buat apa sahaja. Sudah menjadi budaya yang merosakkan negara apabila 'daddykasi' menjadi trend berpolitik UMNO dan sekutunya BN, yang parahnya kita rakyat marhaen.

Kopikasi yang menambah luka negara

Tak cukup dengan Malaysia terkenal kerana PMnya muka tak tahu malu, tak cukup Malaysia terkenal kerana Ketua Polisnya pukul hingga hampir mati tahanan di dalam lokap polis. Tak cukup dengan mahkamah yang diragui para hakimnya. Malaysia juga terkenal kerana budaya kopikasinya, jiran sebelah kita Singapura indeks rasuahnya 9.8 hampir nak capai seratus peratus, tapi Malaysia index rasuahnya 4.6 setengah pun tak sampai, buat malu kat Thailand yang negaranya diperintah oleh bukan Islam, Malaysia yang kononnya negara Islam ini amalan rasuahnya cukup menjijikkan. Sekarang ini semuanya kena 'tol' kalau nak berurusan dengan para menteri, lagi cepat nak dapat tender atau sebagainya, lagi 'deras' kena jolok. semuanya busuk lagi membusukkan, dah boss yang mula, anak buah mengikut sahaja, hinggakan JPJ pun terlibat sama, hampir 100 ribu lesen dikesan adalah hasil dari budaya kopikasi ini. Patutlah Malaysia ini kemalangannya kerap sangat, lesen pun boleh beli.

Budaya daddykasi dan kopikasi antara punya mengapa pelabur lari dari Malaysia, selain dari sistem kehakiman yang tidak telus dan Mahathir yang menjadi beban kepada negara. bayangkan masa DSAI jadi Menteri Kewangan dan TPM setiap tahun pelaburan asing di Malaysia sekitar 45 billion setahun sekarang ini jatuh merudum hanya 5 billion setahun, kita diberitahu antara sebab mengapa konspirasi untuk menjatuhkan DSAI dilakukan juga walaupun Mahathir tahu kesannya besar adalah kerana Akta Rasuah yang DSAI bentangkan semasa memangku jawatan PM. Kononnya Akta rasuah yang ketat itu bertujuan hendak menjerat Mahathir dan para juaknya, lalu mereka berkerja siang malam jatuhkan DSAI sebab takutkan hukuman yang bakal menanti andai DSAI menjadi PM.

Reformasi mencuci daddykasi dan kopikasi

Inilah antara sebab mengapa kita tekankan sangat Malaysia perlukan reformasi segera, kita kena ubah sistem yang kotor dan jijik ini secepat mungkin. Lagi lama sistem ini berakar umbi, lagi parah Malaysia ini. Malaysia perlu kita cuci dari politik yang memperkayakan anak beranak, kaum keluarga dan sahabat handai, Malaysia perlu kita bersihkan dari politik rasuah yang menjadi budaya pada UMNO sekarang ini. Kita laungkan reformasi ini dan seru para cerdik pandai, para professional, mahasiswa IPTA dan IPTS, guru dan kakitangan awan, tentera dan pihak keselamatan, orang kampung dan bandar, sama ada Melayu ,Cina, India, Iban,  Kadazan bersama sama kita rentangkan tangan membentuk barisan rakyat, kita gulingkan Mahathir, kita jatuhkan kerajaan yang zalim dan jijik ini. Kita bina Malaysia baru yang lebih adil untuk anak cucu kita yang akan mewarisinya dari kita nanti.

Reformasi ke arah Malaysia yang lebih adil

ayat@freeanwar.com
www.webreformis.com

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter